Sat. Jul 6th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

𝗧𝗒𝗨π—₯π—œπ—¦π—  π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—Ÿπ—”π—‘π—–π—”π—₯ π—£π—”π—žπ—˜π— π—”π—šπ—₯π—’π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—–π—’π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗗𝗨π—₯π—œπ—”π—‘ 𝗧𝗒𝗨π—₯π—œπ—¦π— 

1 min read

Screenshot

Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari ini melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan.

Pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan durian di Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf.

Encik Saidi Bundan, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia berkata, pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh sah kempen sehingga Disember 2025.

β€œSelain Brunei, Tourism Malaysia juga menyasarkan pasaran luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura menerusi penerbitan bahan promosi pakej Durian Tourism dalam bahasa Mandarin.

β€œPelancaran pakej ini bukan sahaja diharap dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi yang mampu memberikan impak kepada kegiatan ekonomi setempat, malahan menjadikan program agropelancongan yang diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai salah satu segmen produk pelancongan minat khas sekali gus memperkukuhkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan pelancongan lestari seiring dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan, sila layari laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *